Friday, December 28, 2012
Strawberi Cinta
Sinopsis: Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya. Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.
Tonton Online:
KLIK SINI
Related Post
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: